Menggapai ‘Awan’ Impian

Diri ini adalah antara insan-insan yang menaruh seribu satu impian . Impian yang di angan-angankan boleh jadi realistik atau sebaliknya.

Malam tadi, ku berbicara tentang gumpalan-gumpalan awan impianku. Impian yang diharapkan tertunai demi kebaikan ummah.

Namun, jelasnya ku terlalu menjadi mat jenin kerana terlalu banyak awan impian yang ingin ku capai.

” Awak jangan simpan banyak sangat impian. Jangan asyik cakap nak tu nak ni..dah ’confirm’ nak tunaikan baru cakap” , kata ’buah hatiku’.

” Cukuplah fikir dalam masa 2 hingga 3 tahun ni apa yang awak nak buat”, sambungnya lagi.

Diri ini terdiam. Betul juga.

Teringat pada Firman Allah yang berbicara dengan kita :

”Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu tidak melakukan apa-apa yang telah kamu perkatakan?”  (As – Saff, 61 : 2 )

” Besar kemurkaan Allah kepada mereka yang berkata-kata tetapi tidak melakukannya” ( As – Saff, 61 : 3)

IMPIAN SETAHUN JAGUNG

Sebelum ini, terlalu banyak impian yang ingin dicapai. Tak terbilang dek jari di tangan. Pada diri ini, rasanya tidak salah menyimpan angan-angan, kerana dengan angan-angan akan lahir kemahuan. Setujukah?

Dengan angan-angan akan mendesak diri mengorak langkah membuat perubahan.

Apabila gentingnya isu Palestin pada tahun lepas, saat saudara kita di Palestin bergelumang dengan bedilan bom yang tiada kesudahan, kita melancarkan boikot.

Hakikatnya, Palestin tika ini masih dihambat kezaliaman yang tak sudah. Sejak tu bertambah-tambah impian dan angan-angan.

”Itu tak boleh, ini tak boleh. Jangan beli yang tu! Jangan beli yang ni! Ni produk Yahudi!”

Jenuh diri mencari barang yang diyakini agar tidak menyumbang pada yang zalim si Yahudi. Bukan bosan, tetapi sedih dengan ’kekurangan’ kita umat islam ini.

Dahulu, diri ini memang suka makan coklat. Cadbury memang kegemaran, tapi apabila boikot dah dilancarkan, tiada lagi cadbury menemani masa study.

Terlalu banyak yang perlu diboikot, sedarkah kita? Jelas-jelas ini menunjukkan kelemahan kita dalam bidang perniagaan. Suatu sumber yang Nabi sendiri pernah janjikan sebagai sumber utama rezeki yang telah dihayati oleh umat yang bukan mengakui Muhammad sebagai Rasul mereka.

Impiannya nak buka semua produk yang bernaung dibawah nama ISLAM. Moga Allah beri kemudahan, kerana itulah salah satu manfaat yang diidamkan mampu memberi kebajukan pada ummah sejagat. Terlalu tinggi ’awan’ harapan.

ANGAN-ANGAN DAN IMPIAN DAKWAH

Impian dalam dakwah juga begitu. Walau ada pasang surutnya, da’i masih meletakkan ’angan-angan’ dalam melaksanakan matlamat dakwahnya. Padaku, tidak salah meletakkan angan-angan, tetapi perlu ada tindakan.

Bawalah hati-hati yang ,masih dahagakan tarbiah ini ke dalam ’angan-angan’ kita yang sama-sama mahu membumikan Islam. Suatu hari nanti, ’angan-angan’ kita yang mahukan Khilafah bukanlah hanya satu ’angan-angan’ tetapi kebenaran. Janji Allah itu pasti bahkan benar.

Cuma, persoalannya siapakah yang menyumbang kepada tertegaknya Islam itu. Adakah kita yang masih ’berangan-angan’ tetapi tidak merangka sebarang tindakan atau orang lain yang ibarat lipas kudung tak bisa berehat sedikit pun untuk merealisasikannya?

Ingat, menggapai ’awan’ impian bukan suatu yang mustahil.

kredit to : SYABABUL MUSLIM

Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Nota kaki 1 : Jangan lupa sertai Program Rintihan Palestin,  di HUKM

Nota kaki 2 : Reflek diriku:- apa impianku sebagai hamba?

Comments on: "Menggapai ‘Awan’ Impian" (4)

  1. sayu ati nie mmg blog along..
    law la dri ini mmpunyai iman skuat ati mu..
    mlang nyer.. iman kqwa hanya snipis klit bwg..

  2. halaqahmardhatillah said:

    to nazura- ahlan adikku, sihat? usah bicara begitu. Hatimu tulus dan suci. Aku hanya insan hina yang mendamba keredhaan Tuhan. Andai terdetik di hati kita akan 1 kebaikan maka teruskanlah untuk melakukannya.

    Adikku, kau insan hebat.
    Study elok2 ye. Rindu dirimu.
    Tunggu kepulanganku.

  3. allah pasti akan bantu kita. memang impian itu nampak sangat payah untuk digappai, namun bila semua individu muslim tersebut mempunyai kesedaran sudah tentu kita pasti berjaya. Insyallah

  4. halaqahmardhatillah said:

    to mirae- Amin.. Moga Allah kabulkan permintaan hati ini serta berikan kita yang terbaik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.