Recent Updates Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • halaqahmardhatillah 10:45 am on June 6, 2012 Permalink | Reply  

    0606 : 103 

    Disebalik kegembiraannya, siapa tahu dia sedang bersedih.

    Disebalik keriangannya, siapa tahu dia sebenarnya sedang mempunyai seribu satu kebimbangan.

    Disebalik petah kata-katanya, siapa tahu dia sebenarnya sedang gemuruh tahap tertinggi.

    Disebalik kesenangannya di pandangan manusia, dia sebenarnya mempunyai beribu kepahitan kesusahan yang tidak dikhabarkan.

    Manusia. Manusia. Manusia.

    Diberi kurnia pelbagai ‘rasa’, pelbagai ekspresi, pelbagai cara bicara, pelbagai af’al yang tidak dijangka dan difahami sepenuhnya.

    Kamu tahu kesusahannya bukannya diminta lebih dengan pertolongan. Hanya mahu ‘bahu’ yang boleh dileraikan kesedihan dan kekecewaan pada fitnah dunia. Apakah mahal harga ‘sebuah’ pendengaran?

    Namun ‘kamu’ jangan cepat kalah dan sedih, walau seremuk mana hatimu, bentuklah semula dengan serahkan pada DIA.

    Hidup ini perlu dipelajari selok beloknya.

    Perlahan-lahan pelajari kehidupan, walau apa yang mendatang tempuhi dengan sebaiknya.

    Selagi boleh bertahan, bertahanlah.

    Selagi boleh berlawan, berlawanlah.

    Selagi percaya pada Yang Maha Esa, selagi itu kau mampu tawannya.

     

    Sehebat dan sebesar manapun ujian dunia yang menimpa, al-Quran tidak pernah mengecewakan orang-orang yang beriman dalam memberikan satu motivasi yang memandu mereka ke arah menguatkan iman mereka.

    Mereka seolah-olah melalui satu jalan berliku, berduri dan penuh halangan, tetapi tahu hala tuju mereka pada suatu peta yang jelas di penghujungnya, kenikmatan yang berkekalan.

     

    mari sentiasa berdoa =)

     

    Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

    Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

    ………………………………………………………………………………………………………………………

    Nota kaki 1 : Mari mantapkan momentum diri ke arah Ramadhan.

     
  • halaqahmardhatillah 6:20 am on April 7, 2012 Permalink | Reply  

    Tahniah kepadanya 

    Salam Mahabbah.

    Hanya mahu mengucapkan tahniah kepada beliau. Sekarang sudah bergelar seorang doktor secara rasminya.

    Tahniah, Dr Norizzati Amsah =)

    Moga menjadi seorang doktor ‘hati’  kepada umat juga.

    Jika dulu kita boleh belajar bersama-sama, sekarang tidak lagi secara rasminya. * tapi still boleh belajar bersama, yang penting kamu posting dekat dengan KL =)

    Jika dulu kita boleh ‘spend almost everytime’ bersama, sekarang mungkin jarang sekali.

    Tetapi tak mengapa,

    kerana kita sentiasa diikat dengan akidah yang satu, yang menyebabkan hati kita sentiasa bersama setiap masa.

    Terima Kasih Allah kerana menghadiahkan sahabat sebaiknya.

    Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan, satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.

    Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

    Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

    …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

    Nota kaki 1 : Moga kita tergolong dalam 7 golongan yang dilindungi Allah di hari mahsyar. Dua orang pemuda yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Ameen2 Ya Allah.

    Nota kaki 2 : Jauh tak semestinya lupa =)

    Nota kaki 3 : Tahniah kepada semua ikhwan dan akhawat sekalian. Moga menjadi Doktor yang membawa agenda dakwah di mana-mana. Kini tiba masanya kalian berpencak di ‘arena’ luar sana.


     
  • halaqahmardhatillah 5:05 pm on March 30, 2012 Permalink | Reply  

    Imtihan dan Kematian 

    Salam Mahabbah.

    Alhamdulillah, akhirnya orang yang saya sayang dah habis exam(PRO-Exam Medical).

    Moga kejayaan buatnya. Ameen2.

    Walaupun dia yang periksa, tapi saya pula yang merasa debarnya =p

    InsyaAllah, 5 April bakal menjadi hari sejarah buat’nya’  dan ‘mereka’ sebagai Doktor.

    Buat kamu, sudah usahakan? Mari bertawakal dan berdoa.

    ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

    Sekarang ini, saya sedang cuti. Walaubagaimanapun, masih dalam ambang melakukan satu thesis tentang forensik. Maka kesimpulannya, cuti menjadi pendek dan rasanya begitu banyak perkara yang ingin dilakukan sepanjang cuti yang bermakna ini.

    Melakukan thesis ini, memerlukan ‘berjumpa’ dengan mayat manusia setiap hari. Bayangkan.. =)

    Baiklah, bukan tentang thesis dan mayat yang ingin diceritakan tetapi tentang persediaan kita kepada mati.

    Apabila melihat pelbagai ‘asbab’ yang menyebabkan kematian, setiap kali melihat sekujur tubuh di depan mata, terfikir bagaimanakah kematian aku nanti?

    Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kalian”. (Surat Ali `Imran: 185).

    “Di mana pun kalian berada, kematian akan mendapatkan kalian, kendatipun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh” (Surat An Nisa’: 78)

    Tidak boleh tidak, kematian itu pasti buat aku yang bergelar hamba dan makhluk.

    Selalu berdoa agar kematianku ini husnul khatimah.

     

    Pernah berbual dengan sahabat, ” Tak tahu mahu minta kematian yang bagaimana, rupa yang bagaimana kerana tak tahu mana cara mati yang lebih baik melainkan setiap hari doa agar mati dalam keadaan amalan yang baik dan diterima oleh Allah”

     

    Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

    Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

    ……………………………………………………………………………………………………………………

    Nota kaki 1: lepas ni akan selalu dan selalu merindui cik pelangi =(

    Nota kaki 2 : Rindu pada family di rumah. ~I’m coming home, coming home. Tell the world that I’m coming home.

     

     
  • halaqahmardhatillah 8:25 am on March 9, 2012 Permalink | Reply  

    Umur 

    Sudah berbulan-bulan blog ini ditinggalkan tanpa apa-apa coretan. Oh, malas sungguh untuk menulis sekarang ni. Tetapi saya mahu menulis juga, kerana hari ini sangat istimewa untuk saya.

    Hari ini genaplah post yang ke -100 untuk blog ini. Ini menunjukkan betapa ‘malas’nya saya dalam mengupdate blog meskipun blog ini sudah mencecah usia lebih 4 tahun.

    Hari ini juga genaplah usia saya ‘_____’. Umur sudah bertambah tetapi kematangan itu amatlah abstrak untuk diceritakan.

    “Sebaik-baik manusia itu adalah orang yang diberikan Allah umur yang panjang dan umur itu dikerjakan dengan melakukan sebanyak-banyak kebaikkan,dan seburuk-buruk manusia ialah orang yang diberi tuhan umur yang panjang tetapi dia pergunakanya membuat kejahatan” (Hr .Ahmad)

     

     

    Ya Allah, kurniakan aku umur yang barakah. ameen.

    …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

    Dalam menjaga diri ini, kadangkala kita terlepas pandang tentang keikhlasan diri sendiri yang menjadikan kita rasa diri ini sudah sempurna. Sebagai manusia, kita kadangkala mempunyai sifat yang sama pada semua orang iaitu ‘overate‘ diri sendiri.

    Selalu kita nampak kesalahan orang lain, tapi adakah kita melihat kesalahan diri kita sendiri? Sampai satu tahap kita akan merasakan apa yang orang lain buat adalah salah tapi kita buat takpe.

    “Jadikanlah orang lain sebagai cermin untuk diri kita sendiri”

    Perasaan ini juga mungkin akan menyebabkan kita rasa kita adalah manusia yang baik. Merasa diri sentiasa baik tanpa ada sekelumit rasa berdosa dalam diri sangatlah bahaya. Boleh jadi kita akan merasa ujub pula. Nauzubillah.

     

    Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

    Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

    ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

    sangat admire dengan lukisannya =)

    sangat admire dengan lukisannya =)

    Nota kaki 1 : Terima kasih kepada Cik Pelangi atas ‘hadiah’ yang sangat berharga dan tak ternilai setiap hari =)

    Nota kaki 2 : Orang yang saya sayang telah melangsungkan walimahnya dan saya sangat sunyi..isk..isk

    Nota kaki 3 : Mungkin benar, menulis ini adalah terapi jiwa, kerana selama ini saya tak pernah rasa sunyi begini yang membuatkan saya menaip apa-apa yang ada di kepala ke dalam blog tercinta ini.

    Nota kaki 4 : Lepas ni, post mungkin akan lebih pendek daripada biasa.

     
    • mardi 2:42 am on March 14, 2012 Permalink

      respon utk nota kaki 2: cepat2 la kawin…nnt da tak sunyi.. eh eh eh!

    • halaqahmardhatillah 9:47 am on March 14, 2012 Permalink

      mardi: moga Allah permudahkan jodoh kita semua. ameen2. oh, jika sunyi, kawin bukanlah satu2 nya penyelesaian yang ada. banyak lagi =)

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.