Post-Ramadhan


Salam Mahabbah.

Hati merasa amat sayu kala ini. Entah mengapa merasakan kematian amat dekat di kala berakhirnya ramadhan dan menjelangnya syawal.

Memuhasabah diri semula, apakah aku layak dikurniakan sijil ‘takwa’?

Hati sentiasa berharap agar amalanku yang baik di bulan Ramadhan, momentum ibadah dapat diteruskan.

Benar, lihatlah diri sendiri selepas Ramadhan, itulah hasilnya Ramadhan dalam membentuk diri.

Syawal yang menjelang sudah 7 hari, bermakna sudah 7 hari juga aku lepaskan dalam membuat persiapan ke arah Ramadhan yang akan datang.

“Jadikan persediaan ke arah Ramadhan daripada sekarang”. Bukan menunggu ketika bulan Rejab dan Syaaban sahaja.

Sebenarnya, terkenang pada kenangan Ramadhan di sekolah dahulu, rasanya lebih baik, lebih menjiwai.

Aduh, aku sudah menginjak 22 tahun, tak kan Ramadhanku perlu di bangku sekolah lagi?

Tetapi itulah hakikatnya, menyesal pun tidak berguna.

Ya Allah, mohonku sampaikan Ramadhan buat diriku lagi.

Wahai ‘ramadhan’, jangan serik menemuiku lagi.

Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Nota kaki 1 : Tiada cik pelangi di sisi, sungguh kesunyian.

Nota kaki 2 : Banyak sungguh kerja yang tertangguh. Ya Allah permudahkanlah. Rasa seperti terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan tetapi rasa tak termampu untuk melakukannya.

Nota kaki 3 : Ya Allah kami redha, andai itu ketentuanmu. Sesungguhnya Kau memiliki dirinya.

Nota kaki 4 : Masih belum terlambat. Salam Aidilfitri buat semua. Salam kembali kepada fitrah. Maaf atas segala salah silap.

Advertisements