0606 : 103


Disebalik kegembiraannya, siapa tahu dia sedang bersedih.

Disebalik keriangannya, siapa tahu dia sebenarnya sedang mempunyai seribu satu kebimbangan.

Disebalik petah kata-katanya, siapa tahu dia sebenarnya sedang gemuruh tahap tertinggi.

Disebalik kesenangannya di pandangan manusia, dia sebenarnya mempunyai beribu kepahitan kesusahan yang tidak dikhabarkan.

Manusia. Manusia. Manusia.

Diberi kurnia pelbagai ‘rasa’, pelbagai ekspresi, pelbagai cara bicara, pelbagai af’al yang tidak dijangka dan difahami sepenuhnya.

Kamu tahu kesusahannya bukannya diminta lebih dengan pertolongan. Hanya mahu ‘bahu’ yang boleh dileraikan kesedihan dan kekecewaan pada fitnah dunia. Apakah mahal harga ‘sebuah’ pendengaran?

Namun ‘kamu’ jangan cepat kalah dan sedih, walau seremuk mana hatimu, bentuklah semula dengan serahkan pada DIA.

Hidup ini perlu dipelajari selok beloknya.

Perlahan-lahan pelajari kehidupan, walau apa yang mendatang tempuhi dengan sebaiknya.

Selagi boleh bertahan, bertahanlah.

Selagi boleh berlawan, berlawanlah.

Selagi percaya pada Yang Maha Esa, selagi itu kau mampu tawannya.

 

Sehebat dan sebesar manapun ujian dunia yang menimpa, al-Quran tidak pernah mengecewakan orang-orang yang beriman dalam memberikan satu motivasi yang memandu mereka ke arah menguatkan iman mereka.

Mereka seolah-olah melalui satu jalan berliku, berduri dan penuh halangan, tetapi tahu hala tuju mereka pada suatu peta yang jelas di penghujungnya, kenikmatan yang berkekalan.

 

mari sentiasa berdoa =)

 

Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

………………………………………………………………………………………………………………………

Nota kaki 1 : Mari mantapkan momentum diri ke arah Ramadhan.

Advertisements