Sahabat,

Indahnya  hidup ini jika kita rasa bertuhan..

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah..

bertunjang ilmu dan kebenaran..

bersulamkan akhlak penuh menawan..

hati bersatu menghadap tuhan..

memateri ikatan persaudaraan dengan naungan keredhaanNya..

memegang panji

LAILAHAILLALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH..

 dakwah islamiah pengikat jiwa

berpasakkan AL-QURAN dan SUNNAHnya..

roh dakwah menjalar ke urat nadi..

memperjuangkan ISLAM agama yang suci..

Sungguh, Islam itu INDAH andai kau benar-benar menghayatinya..

 

 

Advertisements