Recent Updates Page 2 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • halaqahmardhatillah 12:39 am on September 6, 2011 Permalink | Reply  

    Post-Ramadhan 

    Salam Mahabbah.

    Hati merasa amat sayu kala ini. Entah mengapa merasakan kematian amat dekat di kala berakhirnya ramadhan dan menjelangnya syawal.

    Memuhasabah diri semula, apakah aku layak dikurniakan sijil ‘takwa’?

    Hati sentiasa berharap agar amalanku yang baik di bulan Ramadhan, momentum ibadah dapat diteruskan.

    Benar, lihatlah diri sendiri selepas Ramadhan, itulah hasilnya Ramadhan dalam membentuk diri.

    Syawal yang menjelang sudah 7 hari, bermakna sudah 7 hari juga aku lepaskan dalam membuat persiapan ke arah Ramadhan yang akan datang.

    “Jadikan persediaan ke arah Ramadhan daripada sekarang”. Bukan menunggu ketika bulan Rejab dan Syaaban sahaja.

    Sebenarnya, terkenang pada kenangan Ramadhan di sekolah dahulu, rasanya lebih baik, lebih menjiwai.

    Aduh, aku sudah menginjak 22 tahun, tak kan Ramadhanku perlu di bangku sekolah lagi?

    Tetapi itulah hakikatnya, menyesal pun tidak berguna.

    Ya Allah, mohonku sampaikan Ramadhan buat diriku lagi.

    Wahai ‘ramadhan’, jangan serik menemuiku lagi.

    Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

    Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

    …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

    Nota kaki 1 : Tiada cik pelangi di sisi, sungguh kesunyian.

    Nota kaki 2 : Banyak sungguh kerja yang tertangguh. Ya Allah permudahkanlah. Rasa seperti terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan tetapi rasa tak termampu untuk melakukannya.

    Nota kaki 3 : Ya Allah kami redha, andai itu ketentuanmu. Sesungguhnya Kau memiliki dirinya.

    Nota kaki 4 : Masih belum terlambat. Salam Aidilfitri buat semua. Salam kembali kepada fitrah. Maaf atas segala salah silap.

     
  • halaqahmardhatillah 7:12 pm on July 4, 2011 Permalink | Reply  

    JUJUR DALAM CINTA 

    Salam Mahabbah.

    'cinta' pada satu sisipin kopi

    'cinta' pada satu sisipin kopi

    Alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran buatMU Allah, yang memberikan nikmat buat kami semua. Berterusan malah Kau tidak pernah ‘meminta’ dari kami walau suatu apa pun.

    Cinta. Tidak tahu mengapa, saya mahu bicara tentang cinta.

    Tiada apa yang mahu dikongsikan, hanya ingin mencoret tentang erti ‘cinta’ yang saya cuba kenal.

    Saya mahu katakan “jujurlah dalam cinta”. Kata-kata ini saya petik dari tulisan ‘afiqsaleh’.

    Ya, jujur dalam cinta.

    Saya tidak mahu mengulas bagaimana cinta yang saya dambakan. Yang boleh dikatakan ketika ini, cinta yang paling jujur dalam diri kita semua adalah ketika menghadap Yang Maha Esa. Tiada perasaan untuk ‘memilih’ serta ‘dilema’ dalam hati.

    Sanggup korbankan diri demi cinta DIA yang mahal. Mengenepikan kepentingan diri sendiri demi menggapai cinta DIA. Memilih tanpa dilema kerana itu cinta HAK yang dikenali.

    Berbeza bukan untuk memilih cinta manusia? Memikirkan perasaan diri ini, bisakah menerima? Memikirkan kekurangan diri, bolehkah diterima? Persediaan diri, cukupkah? Dan pelbagai lagi persoalan.

    Bukan menyuruh anda semua menolak cinta manusia, namun mahu berkongsi, sungguh berbeza situasi yang dialami.

    Saya tidak pandai mengulas lebih sehasta tentang cinta ini. Saya hanya mahu “jujur dalam cinta“.

    Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

    Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

    ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

    Nota kaki 1 : ‘dia’ dilema, tenangkanlah hatimu, sahabatku.

    Nota kaki 2 : Jujurlah dengan cinta

     
  • halaqahmardhatillah 4:53 pm on July 3, 2011 Permalink | Reply  

    BERSIH, kotor? 

    Salam Mahabbah.

    Pagi-pagi lagi ibu tercinta telefon. “Jangan pergi BERSIH ye kak long!”. Inilah dinamakan naluri seorang ibu. Anda patut sudah faham situasi saya di sini.

    BERSIH 1 tak pergi. BERSIH 2? Jawab sendiri.

    Ramai yang nampak BERSIH ni kotor. Betulkah?

    Kalau nama pun BERSIH, insyaAllah ‘bersih’. Yang membuatkan tak ‘bersih’ kerana ada sesetangah ‘tetamu’ yang tak diundang membuat provokasi. Membuat onar.

    Matlamat BERSIH ini sangat jelas.Clear. Tak perlu bersuluh-suluh. Matlamat baik, tapi mengapa ramai yang bantah dan mengambil sikap ‘tuduh-menuduh’? Mengapa mengambil sikap tutup mata, tutup telinga?

    Saya tidaklah ‘alim nak mengupas isu BERSIH ni, tapi rasanya masing-masing boleh fikir sendiri. Kalau perkara ini mampu memberikan kebaikan pada kita di masa hadapan nanti, kenapa tidak? Anda mahu pemerintahan yang bagaimana terpulang, saya tidak mahu membawa teori ‘ideologi’ pemerintahan yang saya suka. Cuma, jelas, BERSIH membawa matlamat baik, menyokong pilihanraya yang telus dan bersih. Bukan memaksa anda memilih pemerintahan A atau B.

    Andai kita sudah ada kefahaman, kita pasti tahu untuk memilih corak pemerintahan yang bagaimana. Itu, anda berhak MEMILIH semasa pilihanraya.

    Mungkin masih lagi menjadi satu pemikiran yang telah didoktrin bahawa isu berkaitan dengan politik ini semua ‘kotor’. Tidak ada yang baik, segalanya berkaitan nak menjatuhkan orang lain, kuasa dan pemerintahan.

    Saya menulis ini pun untuk menjawab persoalan seorang kawan yang tanya tentang BERSIH.  Tapi, rasanya macam tak menjawab.

    ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

    Tak mahu ulas lagi. Saya ada baca satu artikel ini. Mungkin boleh difikirkan bersama. Anda setuju kah?

    http://dahalmi.wordpress.com/2011/07/01/perhimpunan-bersih/

    Lebih bermanfaat, jelas.

    http://drmaza.com/home/?p=1436

    Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

    Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

    ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

    Nota kaki 1 : Pilihan di depan mata. ‘Hak’ telah diberi oleh Allah kepada kita untuk MEMILIH. Pilihlah dengan pertimbangan akal dan iman. Kerana pilihan kita SEKARANG menentukan tempat kita di PENGAKHIRAN jalan hidup. Wallahualam

     
  • halaqahmardhatillah 4:26 am on May 2, 2011 Permalink | Reply  

    Ilham 

    Salam mahabbah.

    Lama rasanya menyepi dari mencoret di sini. Jelasnya, sejak akhir-akhir ini memang saya jarang menulis. Perlu banyaknya ‘input’ di kepala sebelum menterjermah menjadi ‘output’ yang berguna.

    Penulisan saya juga semakin merosot ‘skill’nya walau sejak dari dahulu ‘skill’ itu memang tidak ada. Hanya mencuba untuk menulis, berkongsi tentang kehidupan yang saya kenal bersama yang sudi membaca.

    Tidak mendambakan pembaca yang beratus atau ‘follower’ yang beribu namun cukuplah kalau ada yang mampu saya manfaatkan walau pada seorang dalam penulisan ini.

    Menulis bukanlah seni saya, tapi saya cuba menjadikan menulis ini satu seni dalam diri. Mungkin anda semua mengambil masa yang singkat untuk menghasilkan satu ‘post’, namun saya akui saya memerlukan masa yang amat panjang untuk menghasilkan satu ‘karangan’ yang saya sendiri berpuas hati. Berpuas hati tidak bermakna hasil yang baik walau saya cuba menulis dengan baik.

    Idea dan ilham hanya datang apabila aku rajin bermalam sujud padaNYA

    Ini kata ‘dia’. Aku bagaimana?

    Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

    Aku menulis untuk membangkitkan jiwa

    ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

    Nota kaki 1 : Perasaan sekarang bercampur baur, sejak semalam. sejak tahu keputusan. Allah, apa maknanya ini?

    Nota kaki 2 : Ya Allah permudahkan urusan kami.

    Nota kaki 3 : Berjumpa teman lama di ‘program’ hujung minggu yang lepas, rasa momentum diri dah merundum. Astaghfirullah

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel