Srikandi Marwa El-Sherbini


Marwa Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali di hadapan suami dan anaknya di dalam mahkamah itu oleh seorang lelaki yang disabitkan kesalahan jenayah membenci kaum.

Ibu hamil yang berusia 32 tahun ini dan mempunyai seorang anak kecil itu telah dibunuh dengan kejamnya di dalam mahkamah Jerman oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman. Lelaki itu sebelumnya telah didenda kerana memanggil Marwa sebagai “terroris” kerana menutup auratnya dengan pakaian Muslimah (Hijab) ataupun tudung kepala, dan beliau hadir ke mahkamah itu untuk membuat rayuan ke atas tuduhan terhadapnya. Suami Marwa dilaporkan telah di tembak oleh seorang polis di mahkamah itu ketika beliau cuba menyelamatkan isterinya dari di tikam bertubi-tubi oleh penjenayah itu. Keadaan beliau di laporkan kritikal dan tenat di sebuah hospital.

……………………………………………………………………………………………….

ISLAMOPHOBIA

Bila berbicara tentang Islamophobia, definisi yang mudah untuk difahami ialah rasa fobia atau kebimbangan terhadap islam samaada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan segala yang berkaitan dengan Islam. Ia merupakan agenda Barat yang diperkenalkan 10tahun yang lalu yang terus dimangkin dengan peristiwa 9/11. Namun, apakah ianya agenda Zionis yang berjaya? Ya, zionis dengan kekuatan politik dan medianya berjaya menyerap Islamophobia kepada masyarakat Barat malahan juga terserap ke dalam minda umat Islam kini diseluruh dunia. Umat islam sendiri mula dimomokkan dengan keburukan yang direka-reka tentang Islam.

p/s : Mari kita terus MEMAHAMI Islam dan MENGAMALKANNYA sekaligus MEMAHAMKAN orang lain tentang keindahan islam sama ada pada muslim atau non-muslim.

rujukan  : http://ulumcordova.putrabytes.com/?p=367

: http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/kisah-wanita-pahlawan-jilbab.html